PETALING JAYA – Rapid KL menjelaskan pelekat bertulis ‘Mesra Haiwan Peliharaan’ yang dilihat pada tempat duduk sebuah tren merupakan sebahagian daripada bahan pengiklanan dan bukan petanda haiwan peliharaan dibenarkan menaiki pengangkutan awam berkenaan.

Penjelasan itu dibuat selepas seorang pengguna Threads, @batrisyiardani_ mempersoalkan kewujudan pelekat berkenaan sehingga menimbulkan kekeliruan mengenai dasar membawa haiwan peliharaan ke dalam LRT.

“Salam hormat, sebenarnya itu pelekat iklan, ada satu set sebaris itu. Untuk makluman, haiwan jenis apa pun tidak dibenarkan dibawa naik tren atau bas kami. Hara