LIPIS – Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff cedera di bahagian dada dan perut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaikinya terbabas di Kilometer 7, Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU), dekat Kechau Tui, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian kira-kira pukul 6 petang itu berlaku ketika SUV berkenaan dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.
Katanya, SUV itu dipandu anak perempuan Siti Zailah berusia 26 tahun, manakala Ahli Parlimen berkenaan yang berusia 63 tahun duduk sebagai penumpang.









