Keadaan SUV dinaiki Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusoff dan anaknya selepas terbabit kemalangan di KM7 Jalan Lingkaran Tengah Utama, Kechau Tui, Kuala Lipis, petang semalam. (Gambar Polis Lipis)KUANTAN: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusoff cedera di dada dan perut selepas terbabit kemalangan di KM7 Jalan Lingkaran Tengah Utama, Kechau Tui, Kuala Lipis, petang semalam.

Ketua Polis Lipis, Ismail Man, berkata dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, beliau bersama anak perempuannya berusia 26 tahun menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

"Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu dipercayai hilang kawalan sehingga kenderaan itu berpusing sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kanan," katanya dalam kenyataan.