PETALING JAYA – Keadaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilihat semakin sihat mencuri perhatian ramai selepas menerima kunjungan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi perkongsian di akaun Threads rasmi Dr. Mahathir, beberapa keping gambar memaparkan pertemuan kedua-dua tokoh berkenaan turut dimuat naik.

“Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis, berkenan mencemar duli menziarahi Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad di Institut Jantung Neg