PONTIAN – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian memberikan sokongan profesional dan psikososial kepada keluarga Julaiha Munaji yang kehilangan tiga anak dalam kemalangan maut di Kampung Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong, pada 8 Oktober lalu.
Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Mohidin Suyot berkata, inisiatif itu bertujuan membantu keluarga berkenaan menghadapi kehilangan insan tersayang menerusi sokongan emosi dan bimbingan yang bersesuaian.
Menurutnya, dalam pertemuan bersama keluarga itu, pihaknya turut berkongsi panduan mengenai pengurusan wang bantuan serta sumbangan yang diterima daripada orang ramai dan pertubuhan








