PONTIAN: Tiga beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan lori di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.
Mangsa membabitkan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 11 dan lapan tahun serta seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussian, berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan ke sekolah,
Kemalangan itu berlaku pada hari pertama penutupan sesi persekolahan di Johor selama dua hari, susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu.










