KYIV/WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam membuat pengumuman mengejut berhubung gencatan senjata tenaga antara Russia dengan Ukraine.
Trump memaklumkan bahawa gencatan senjata tenaga itu 'berkuat kuasa serta-merta', namun Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, menegaskan beliau masih menunggu butiran terperinci mengenai perjanjian berkenaan.
Moscow juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pengumuman gencatan senjata itu, setakat ini.
Pengumuman itu dibuat tatkala Trump memberi tekanan hebat sejak kebelakangan ini terhadap Ukraine supaya menghentikan serangan terhadap kilang penapisan minyak Russia.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F04%2F3c618e5012b6603c919dda10765ba5a8.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
