HAMPIR setahun selepas gencatan senjata berkuat kuasa, penderitaan rakyat Gaza masih belum berakhir apabila mereka terus hidup dalam ketakutan, kekurangan makanan dan tempat tinggal yang serba daif.
Kemudahan asas seperti kesihatan dan pendidikan juga masih terjejas, menimbulkan persoalan sejauh mana gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak 10 Oktober 2025 benar-benar membawa perubahan kepada kehidupan penduduk.
Penduduk masih berlindung di khemah sesak, selain berdepan kekurangan makanan dan kemudahan asas yang tidak mencukupi sepanjang gencatan senjata itu dikuatkuasakan.
Sehingga minggu ini, Israel masih meneruskan serangan udara ke atas kediaman penduduk di Gaza sehingga menyumbang kepada korban baharu, selain mengetatkan sekatan terhadap wilayah itu.






