AMERIKA SYARIKAT: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, semalam menggesa gencatan senjata kekal di Gaza menjelang konflik antara Hamas dan Israel pada 7 Oktober 2023.
Beliau turut menggesa usaha politik digerakkan bagi mencapai keamanan berkekalan di seluruh rantau berkenaan.
"Sudah tiba masanya gencatan senjata menjadi kekal. Sudah tiba masanya bantuan kemanusiaan disalurkan pada skala besar. Sudah tiba masanya undang-undang antarabangsa dihormati.
"Biarlah tarikh ini bukan sekadar menandakan satu lagi tahun berkabung tetapi juga menjadi titik tolak kepada tekad baharu untuk membina masa depan berbeza.
"Dalam masa depan itu, rakyat Israel dan Palestin boleh hidup bersama dalam keamanan dan keselamatan, dengan hak, maruah dan aspirasi mereka dihormati," katanya dalam satu kenyataan.








