BANDAR GAZA: Israel terus membunuh rakyat Palestin, menyerang kemudahan kesihatan dan menyekat bekalan penting hampir setahun selepas genca­tan senjata di Gaza diumumkan, menurut amaran Bantuan Perubatan untuk Rakyat Palestin (MAP).

Badan amal itu berkata, tentera Israel membunuh le­bih 1,400 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 5,000 yang lain sejak perjanjian berkenaan diumumkan pada 10 Oktober 2025, berdasarkan angka Kementerian Kesihatan Gaza.

Hospital pula masih kekura­ngan ubat, bahan api dan bekalan penting, menyebabkan sistem kesihatan bergelut untuk pulih.

“Setahun lalu, rakyat Palestin diberitahu pembunuhan akan dihentikan dan mereka diberi peluang untuk membina semula kehidupan. Sebaliknya, mereka menghabiskan tempoh setahun lalu dengan terus berdepan kematian, kehilangan tempat tinggal dan kemusnahan.