PETALING JAYA: Sesi persekolahan tahun 2027 bagi sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan akan bermula pada 4 Januari depan bagi negeri Kumpulan A dan Kumpulan B.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan A akan berlangsung dari 4 Januari hingga 2 Disember 2027 manakala Kumpulan B dari 4 Januari hingga 3 Disember 2027.
Kumpulan A membabitkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
KPM turut menyelaraskan tarikh cuti perayaan sepanjang sesi persekolahan tahun 2027 yang melibatkan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Deepavali, Hari Raya Korban, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Wesak dan Hari Krismas.








