Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan Kalendar Akademik Tahun 2027 bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan bermula 4 Januari hingga 2 Disember 2027, bagi sekolah di negeri Kumpulan A.
Sementara pada 4 Januari hingga 3 Disember 2027, ia berkuat kuasa bagi sekolah di negeri Kumpulan B.
Kumpulan A membabitkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B merangkumi sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
KPM juga turut menyelaras tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan tahun 2027, yang membabitkan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Deepavali, Aidiladha, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Wesak dan Hari Krismas.









