PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan Kalender Akademik Tahun 2027 bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan bermula 4 Jan hingga 2 Disember 2027, bagi sekolah di negeri Kumpulan A.

Sementara pada 4 Januari hingga 3 Disember 2027, ia berkuat kuasa bagi sekolah di negeri Kumpulan B.

Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B merangkumi sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

KPM juga telah menyelaras tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan tahun 2027, yang melibatkan perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Deepavali, Hari Raya Korban, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Wesak dan Hari Krismas.