SOFIA – Lebih 1,000 tahun selepas kematiannya, sisa jasad dipercayai Tsar Samuel yang merupakan pemerintah utama terakhir Empayar Bulgaria Pertama, kembali ke ‘tanah air’ hari ini.
Greece dan Bulgaria mencapai persetujuan penghantaran pulang tersebut minggu ini, dengan Perdana Menteri Bulgaria, Rumen Radev menyambut baik perjanjian itu sebagai ‘bersejarah’.
Sebagai balasan, Athens bakal menerima 48 barangan yang dirampas tentera Bulgaria dari gereja dan biara di utara Greece semasa Perang Dunia Pertama.
“Tsar Samuel menduduki tempat penting dalam sejarah kedua-dua negara di Bulgaria dan Macedonia Utara,” kata penyelidik kumpulan pemikir Carnegie, Dimitar Bechev kepada AFP.
Tsar Samuel yang memerintah dari tahun 997 hingga 1014, memimpin kempen ketenteraan menentang Empayar Byzantium bersama saudara-saudaranya, di mana salah seorang daripada mereka kemudiannya dihukum mati.








