PETALING JAYA – Program Jelajah Mega Penerangan UMNO Peringkat Wilayah Persekutuan mampu membantu meningkatkan kefahaman mengenai isu-isu semasa menerusi perbincangan dan pandangan secara kritis serta berhemah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, program berkenaan menyediakan ruang untuk perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai pelbagai isu semasa.

Beliau berkata, perbincangan sedemikian penting bagi membantu peserta memahami sesuatu isu dengan lebih menyeluruh serta menilainya berdasarkan ketelitian fakta.

“Saya percaya perbincangan seperti ini dapat meningkatkan kefahaman berkaitan isu-isu semasa.

“Semoga ruang program seperti ini dapat membantu kita menilai isu berasaskan ketelitian fakta serta menyampaikan pandangan secara kritis dan berhemah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pagi ini.