saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Program Jelajah Mega Penerangan UMNO Peringkat Wilayah Persekutuan mampu meningkatkan kefahaman berkaitan dengan isu semasa yang dibincangkan secara bersama.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata ruang program seperti itu secara tidak langsung dapat membantu menilai isu berasaskan ketelitian fakta.

"Saya percaya perbincangan seperti ini dapat meningkatkan kefahaman berkaitan isu-isu semasa.

"Semoga ruang program seperti ini dapat membantu kita menilai isu berasaskan ketelitian fakta serta menyampaikan pandangan secara kritis dan berhemah," katanya menerusi hantaran di laman sosialnya, di sini, hari ini.