KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan Kalendar Akademik Tahun 2027 akan bermula 4 Januari depan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
Bagi sekolah di negeri Kumpulan A, sesi persekolahan sehingga 2 Disember 2027, manakala sekolah di negeri Kumpulan B pula sehingga 3 Disember 2027.
Kumpulan A membabitkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B merangkumi sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
KPM juga turut menyelaras tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan 2027, yang membabitkan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Aidiladha, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Wesak dan Krismas.









