KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan salah guna dana membabitkan sebuah syarikat produksi yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, berkata pihaknya sudah memulakan siasatan dengan memanggil pengurusan syarikat berkenaan dan pengadu bagi mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua pihak.

"Bahagian penguatkuasaan FINAS sudah menggerakkan siasatan dengan memanggil kedua-dua pihak. Bagaimanapun, setakat ini hanya satu pihak tampil memberikan penjelasan.

"Kita masih menunggu pihak satu lagi yang mungkin belum dapat hadir disebabkan faktor lokasi dan masa," katanya ketika ditemui di Menara FINAS, Damansara Damai di sini, baru-baru ini.