CHINA memperlihatkan kemajuan teknologi negara itu dengan meneroka persekitaran dasar laut yang ekstrem menerusi pelancaran robot laut dalam.

Pelancaran robot kelas 4,500 meter itu bertujuan menjalankan ekspedisi saintifik di Laut China Selatan.

Robot berkenaan berlepas dari Pelabuhan Weihai, wilayah Shandong pada 28 September lalu untuk menyertai ekspedisi bersama cawangan Weihai, Harbin Institute of Technology (HIT).

Menurut ketua penyelidikan dan pembangunan projek, Tao Zewen, misi berkenaan bukan sekadar menguji keupayaan robot di laut sebenar, malah bertujuan membawa teknologi yang sebelum ini dibangunkan di makmal ke peringkat penggunaan industri.