KANGAR – Seorang buruh kontrak etnik Rohingya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh susulan siri penemuan tulang manusia di Simpang Empat, dekat sini pada Julai dan Ogos lalu.

Suspek berusia 38 tahun itu diperintah menjalani tahanan reman sehingga 19 Oktober ini oleh Majistret Nurul Natasha Rizal di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam di sebuah rumah di Kampung Behor Rotan Pahit, Sungai Berembang, Kuala Perlis.

“Setakat ini, tiada sebarang pengakuan diperoleh daripada suspek juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian. Suspek menyatakan bahawa dia hanya mengetahui tentang kejadian tersebut melalui kumpulan WhatsApp sahaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.</p