PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak nyaris cedera apabila dia dikejar tiga ekor anjing liar sewaktu sedang berjalan untuk pergi mengaji, dalam kejadian di sebuah taman perumahan.
Kejadian itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) dan ibu kanak-kanak itu memuat naik rakaman tersebut pada Thread Nurulsyazwani.razali.
Pada video berkenaan, kanak-kanak itu dilihat sedang berjalan di satu lorong dan kemudian tiga anjing secara tiba-tiba mengejarnya sebelum dia terjatuh.
Seorang lelaki yang juga penghantar makanan melihat kejadian itu dan turut menghalau anjing liar tersebut serta membantu kanak-kanak berkenaan yang sedang menangis.









