safeek@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengesahkan video tular memaparkan salah laku dua anggota polis trafik di Johor Bahru Selatan, Johor adalah kejadian lama yang berlaku pada November 2020.

Malah kedua-dua anggota berpangkat koperal berkenaan sudah dikenal pasti dan tindakan tegas sudah diambil.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali, berkata tindakan ke atas anggota terbabit diambil pada tahun kejadian dilaporkan.

"Kedua-dua anggota terbabit sudah ditukarkan tempat tugas di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, selama tempoh dua tahun.