asyikin.mat@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu pembentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat ini memberi tumpuan lebih besar kepada golongan muda.
Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, bantuan segera kepada anak muda terhimpit dengan tekanan hidup perlu disertai peluang untuk memperbaiki kehidupan.
Menurutnya, keutamaan pada pembentangan Belanjawan 2027 ialah memastikan jumlah bantuan mencukupi, jadual penyaluran jelas dan golongan yang memerlukan tidak tercicir.
"Peruntukan dalam belanjawan kali ini wajar mengutamakan golongan berpendapatan rendah, termasuk keluarga muda, serta mereka yang kehilangan pekerjaan atau berdepan pendapatan tidak menentu.










