REMBAU – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang hilang sejak lebih lalu selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tanjung Sena, di sini, pada Jun 2024.
Wanita itu, Siti Fariesa Nadzira Abdullah, yang ketika kejadian berusia 21 tahun, masih gagal dikesan sehingga kini selepas kehilangannya disedari ahli keluarga pada pukul 2.39 pagi pada 8 Jun 2024.
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Ngiam Ooi Ming berkata, berdasarkan laporan diterima, pengadu mendapati anak perempuannya tiada di kediaman mereka di Kampung Tanjung Sendua tahuna.
“Pemeriksaan mendapati pintu kecil pagar rumah berada dalam keadaan terbuka dan wanita terbabit









