SEBERANG PERAI – Lelaki yang mayatnya ditemukan dalam keadaan berbalut dengan kain putih di dalam longkang kecil di Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh di sini, dipercayai dikenali oleh orang awam di kawasan berkenaan.
Ini kerana, mangsa yang merupakan warga tempatan itu dikatakan sering dilihat berjalan seorang diri selain melepak di kedai berhampiran pasar awam tersebut.
Difahamkan, kehadirannya yang kerap di kawasan itu menyebabkan sesetengah peniaga dan pelanggan dipercayai mengenalinya.
Bagaimanapun, sehingga setakat ini, polis masih belum memaklumkan mengenai identiti mangsa dan motif kejadian berlaku.









