Kuala Langat: Kehadiran etnik Rohingya yang semakin bertambah di Taman Jalan Utama, di sini, sejak dua tahun lalu mencetuskan keresahan penduduk tempatan apabila kawasan perumahan mereka didakwa makin dicemari isu kebersihan selain monopoli kemudahan awam.

Penduduk kini rimas dan kurang senang dengan keadaan itu serta mendakwa terdapat puluhan keluarga etnik berkenaan di kawasan perumahan itu.

Seorang penduduk, T Thambhy, 55, berkata terdapat dua taman permainan kanak-kanak di taman perumahan itu namun kini seolah-olah ditakluki warga asing berkenaan yang menjadikannya sebagai gelanggang bola sepak dan sepak takraw.

"Kanak-kanak pun takut nak pergi taman kerana kehadiran warga asing yang terlalu ramai. Akibatnya, kita warga tempatan memang tak dapat nak gunakan fasiliti berkenaan.