Atlanta: Seorang maut manakala beberapa individu lain cedera dalam insiden membabitkan 'roller coaster' di sebuah taman tema Amerika Syarikat, semalam.
Menurut Jabatan Polis Daerah Cobb, insiden itu berlaku di Six Flags Over Georgia, kira-kira 25 kilometer (km) di barat laut Atlanta.
Polis berkata, pasukan penyiasat melakukan siasatan lanjut mengenal pasti punca insiden.
Pihak berkuasa tidak mengesahkan bagaimana individu tersebut meninggal dunia atau punca kecederaan yang dialami oleh mangsa lain.








