NEW YORK: Seorang maut, manakala beberapa mangsa lagi cedera dalam insiden membabitkan permainan 'roller coaster' di sebuah taman tema di negeri Georgia, Amerika Syarikat (AS), semalam, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.
Polis berkata, kejadian berlaku di taman tema Six Flags Over Georgia di Cobb County, barat laut Atlanta, sejurus sebelum jam 4 petang waktu tempatan (2000 GMT).
Jabatan Polis Cobb County dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa anggota polis yang bertugas di taman tema itu bersama anggota peronda beruniform telah bergegas ke lokasi kejadian.
Jurucakap taman tema itu berkata, pihak pengurusan dan pihak berkuasa tempatan segera bertindak balas terhadap insiden berkenaan serta memberi kerjasama penuh dalam siasatan yang sedang dijalankan.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fafsdasdadasd_800299.png&w=480&output=webp&q=85&we)