KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) melaksanakan 12,343 operasi penguatkuasaan berkaitan aktiviti perniagaan dan pengendalian premis secara tidak sah, melibatkan tangkapan 25,124 warga asing, dari 2024 hingga 30 September lepas.
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), tindakan penguatkuasaan merangkumi Ops Belanja yang menyasarkan premis perniagaan dan peruncitan, Ops Jaja bagi aktiviti penjajaan dan Ops Selera yang memberi tumpuan kepada restoran, kedai makan dan premis penyediaan makanan.
"Imigrese melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan dan bersasar berdasarkan maklumat risikan, aduan awam serta pemantauan di lokasi yang dikenal pasti," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.










