Melaka: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di negeri ini ditutup sementara esok susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.

EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata sepanjang tempoh penutupan itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan, manakala guru serta anggota kumpulan pelaksana (AKP) dibenarkan bekerja dari rumah (BDR).

Beliau berkata, pelaksanaan PdPR adalah berdasarkan peruntukan dalam Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016, iaitu Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana bertarikh 21 Julai 2016.

"Bagaimanapun, Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diteruskan mengikut jadual yang ditetapkan.