KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 10 pagi Isnin.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Johor merekodkan bacaan tertinggi dengan Larkin dan Pasir Gudang masing-masing mencatatkan 154, manakala Batu Pahat (153).Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Johan Setia di Selangor (153), Cheras di Kuala Lumpur (152), Putrajaya (152) serta Nilai di Negeri Sembilan (124).Sementara itu, sebanyak 60 kawasan berada pada kategori sederhana manakala hanya satu kawasan merekodkan kualiti udara yang baik iaitu Langkawi, Kedah.Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama