KUALA LUMPUR: Lapan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 7 pagi, hari ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), daripada lapan lokasi itu, empat kawasan di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Pasir Gudang (153); Batu Pahat (152); Larkin (152) dan Segamat, 108.

Empat kawasan lain ialah Johan Setia, Selangor, 154; Cheras, Kuala Lumpur (152); Putrajaya (147) dan Nilai, Negeri Sembilan, 126 turut mencatatkan bacaan tidak sihat.

Selain itu, sebanyak 59 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya Batu Muda (99), Bukit Rambai (97),Shah Alam (95), Seremban ( 93) dan Kluang, 93.

Di Sarawak, IPD Serian turut mencatatkan bacaan IPU sederhana, 98, Samarahan (95),Kuching (92), Miri, Sarikei dan Sri Aman masing-masing (83), Sibu ( 80), ILP Miri serta Samalaju, 79.