am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Rindu mendengar semula panggilan 'mummy', menjadi sumber kekuatan seorang ibu membesarkan anaknya yang kini terlantar akibat kerosakan otak selepas lemas di kolam renang sebuah hotel, tiga tahun lalu.

Nor Hazirah Jaya Mara, 38, berkata anak sulungnya daripada tiga beradik, Muhammad Ardhani Baihaqi Ruhi Muizzuddin, 11, seorang aktif dan ceria, namun kehidupannya berubah sekelip mata selepas kejadian itu.

Katanya, kejadian berlaku ketika mereka sekeluarga bercuti di Perak pada November 2023, apabila Muhammad Ardhani Baihaqi ditemui lemas di dasar kolam.

"Ketika itu, anak saya tidak sedarkan diri, dan selepas bantuan CPR diberikan hampir 45 minit, nadinya kembali berdenyut, namun keadaannya sangat lemah.