am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Seorang pesara 'mengigit jari' selepas wang jualan tanah dan simpanan sebanyak RM367,950 dikebas kenalan yang dikenalinya di WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa yang berusia 70-an menerima pesanan melalui WhatsApp daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai 'Via', 31 Julai lalu. Katanya, suspek pada awalnya mendakwa tersalah menghantar teks pesanan kononnya menyangka mangsa seorang kontraktor bernama 'Mahdir'.
"Suspek kemudiannya menjalinkan hubungan rapat dengan mangsa dan menawarkan kepadanya untuk menyertai satu skim pelaburan untuk menjana pendapatan.
"Bagi meyakinkan mangsa selepas menyertai pelaburan itu, tiga transaksi pertama, mangsa menerima pulangan wang," katanya.









