KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas 'gigit jari' selepas wang jualan tanah dan simpanan sebanyak RM367,950 dikebas kenalan dikenalinya melalui aplikasi WhatsApp sebagai 'Via'.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata mangsa berusia 70-an membuat laporan polis pada 11.49 pagi semalam.
Azli berkata, mangsa menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor telefon dikendalikan wanita memperkenalkan diri sebagai 'Via' di rumahnya, 31 Julai lalu,
Katanya, suspek awalnya mendakwa tersalah menghantar teks pesanan kepada mangsa kononnya menyangka kontraktor dengan nama 'Mahdir'.
"Melalui perkenalan itu, suspek menjalinkan hubungan rapat dengan mangsa dan menawarkan satu skim pelaburan untuk menjana pendapatan.









