Istanbul: Menteri Minyak Iran Mohsen Paknejad telah meletak jawatan dan Hamid Bovard dilantik memangku jawatan itu, lapor agensi berita Tasnim pada Ahad dengan memetik seorang pegawai presiden, menurut Anadolu Ajansi.
Timbalan Ketua Komunikasi Pejabat Presiden Iran Mehdi Tabatabaei berkata Presiden Masoud Pezeshkian telah menerima peletakan jawatan Paknejad.
Menurut Tabatabaei, Bovard akan mengendalikan hal ehwal kementerian berkenaan.
Tiada sebab diberikan berhubung peletakan jawatan Paknejad, yang berlaku ketika Iran berdepan sekatan Amerika Syarikat (AS) yang belum pernah berlaku sebelum ini, khususnya yang menyasarkan sektor minyak negara itu.
Bovard sebelum ini berkhidmat sebagai ketua Syarikat Minyak Nasional Iran (NIOC) milik kerajaan dan menghabiskan sebahagian besar kerjayanya dalam operasi medan minyak.










