ISTANBUL: Menteri Minyak Iran, Mohsen Paknejad, mengumumkan meletak jawatan, lapor agensi berita Tasnim dengan memetik pegawai presiden, menurut Anadolu Ajansi.
Hamid Bovard dilantik memangku jawatan itu.
Timbalan Ketua Komunikasi Pejabat Presiden Iran, Mehdi Tabatabaei, berkata Presiden Masoud Pezeshkian menerima peletakan jawatan Paknejad.
Beliau berkata, Bovard akan mengendalikan hal ehwal kementerian berkenaan.
Tiada sebab diberikan berhubung peletakan jawatan Paknejad yang berlaku ketika Iran berdepan sekatan Amerika Syarikat (AS) yang belum pernah berlaku sebelum ini, khususnya yang menyasarkan sektor minyak negara itu.









