SEMPORNA: Seorang pelancong wanita warga China meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika aktiviti snorkeling bersama keluarga di perairan Pulau Pom Pom, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari, mangsa berusia 66 tahun dari wilayah Yunan, China, dilaporkan mengadu tidak selesa sebelum meminta untuk dibawa naik ke atas bot.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Tan Hiap Wah, berkata sebaik berada di bot, mangsa didapati sudah tidak sedarkan diri

"Usaha memberikan bantuan pernafasan (CPR) dilakukan terhadap mangsa, namun tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.