KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara (JAN) memaklumkan status kemajuan Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) setakat 25 Jun lalu sebagai lewat 7.55 peratus, dengan kelewatan antara 30 hingga 108 hari.
Dalam kenyataan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 hari ini, jabatan itu memaklumkan kelewatan itu memberikan risiko kepada serahan fizikal atau 'physical hand over' (PHO) terawal LCS 1 yang dijadualkan 26 Ogos lalu atau sasaran baharu pada 26 Disember depan.
"Sekiranya PHO dilaksanakan pada kedua-dua tarikh itu, LCS 1 akan diserahkan tanpa mencapai keupayaan penuh kerana latihan serta sistem persenjataan masih belum disempurnakan.
"Kesiapsiagaan penuh projek LCS adalah bergantung kepada Kontrak Pelengkap yang hanya dapat disempurnakan pada Disember 2035, iaitu melangkaui tempoh akhir Kontrak Utama pada 25 April 2030. Kelewatan PHO LCS 1 memberikan kesan kepada tempoh PHO LCS 2 hingga LCS 5," menurut kenyataan itu.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/01/a3361cd8ca7d5557268d347d4e94b594.jpg)