Selama berdekad-dekad, kejayaan agenda ekonomi Bumiputera sering diukur melalui berapa ramai mendapat pekerjaan, kontrak atau tempat dalam lembaga pengarah. Semua itu penting, tetapi belum memadai.
Seseorang boleh bekerja di syarikat besar sepanjang hayat tanpa memiliki walau sedikit pun daripada pertambahan nilai syarikat berkenaan.
Di sinilah Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) membawa satu perubahan yang lebih mendasar: Melayu dan Bumiputera perlu berada pada lapisan pemilikan ekonomi, bukan sekadar menjadi tenaga kerjanya.
GEAR-uP menggembleng enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), termasuk Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Khazanah Nasional, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/01/a3361cd8ca7d5557268d347d4e94b594.jpg)