KUALA LUMPUR: Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya akan menganjurkan Persidangan Wacana Awam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13): Hala Tuju dan Cabaran, di ibu negara, Selasa ini.
Persidangan itu bakal menghimpunkan ahli akademik, penyelidik, pengamal industri, perancang strategik, komuniti, wakil media, pelajar serta pihak berkepentingan bagi berkongsi pandangan dan pengalaman dalam memperkaya perbincangan mengenai hala tuju pelaksanaan RMK13.
Ketua Projek Wacana Awam RMK13, Profesor Dr Siti Hajar Abu Bakar Ah, berkata persidangan berkenaan juga adalah sebahagian daripada Projek Wacana Awam RMK13.
Perspektif pelbagai pihak
Projek Wacana Awam RMK13 digerakkan sejak setahun lalu bagi mendapatkan perspektif pelbagai pihak berkepentingan berhubung isu semasa ekonomi dan sosial.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/01/a3361cd8ca7d5557268d347d4e94b594.jpg)