BERNAMA
SEPANG: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali memuji kejayaan merealisasikan penganjuran F1 Grand Prix Bahrain Gulf Air di Malaysia 2026 dalam tempoh hanya dua bulan sebagai pencapaian luar biasa.
Beliau berkata kerjasama erat antara Litar Antarabangsa Bahrain (BIC) dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi faktor utama kejayaan mempamerkan gambaran sebenar GP Bahrain di Sepang.
"Kami merasai pengalaman GP Bahrain yang luar biasa di Malaysia dan saya menghargai semangat serta komitmen tidak berbelah bahagi Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain Putera Salman Hamad Al Khalifa terhadap perlumbaan ini dan F1.
"Visi, kesungguhan dan pemikiran tangkas baginda membolehkan kita menikmati gambaran sebenar acara Bahrain pada hujung minggu ini dan ia disempurnakan hanya dalam tempoh singkat, iaitu dua bulan.






