RIJEKA – England menyajikan permainan yang cukup sempurna selepas cemerlang membelasah Croatia 7-0 pada aksi ketiga Liga Negara-Negara Eropah (UNL), awal pagi semalam.

Pengurus The Three Lions, Thomas Tuchel tampil memuji kualiti yang disajikan oleh pemainnya khususnya ketika menyempurnakan setiap peluang yang dicipta.

“Kami mencipta banyak peluang, cukup klinikal dan kekal agresif ketika memberikan tekanan serta bertahan. Kami melakukan perkara asas dengan betul dan ia adalah persembahan yang cukup sempurna.

“Semua orang menunjukkan prestasi berkelas tinggi sepanjang 90 minit. Sejak daripada minit pertama hingga akhir, mereka menunjukkan aksi terbaik dan saya patut mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan,” katanya.