JAKARTA – Ketua Jabatan Kesihatan Jawa Timur, Dr. Saifudin, berdepan detik memalukan apabila ditaburi wang kertas oleh penduduk yang marah selepas dua jenazah warga miskin didakwa ditahan di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) kerana keluarga gagal melunaskan tambang perkhidmatan ambulans, lapor laman berita Kompas.
Berpuluh-puluh orang awam berhimpun Pejabat Pentadbiran Pamekasan. Mereka kemudian berjumla Saifudin dan Setiausaha Daerah, Taufikurrachman.
Pada waktu itulah, Saifudin ditaburi wang oleh penduduk, baru-baru ini.
Aktivis kesihatan yang membantu keluarga mangsa, Iwan Mahardika berkata, aksi itu merupakan simbolik bantahan terhadap penahanan jenazah warga miskin akibat tidak mampu membayar kos ambulans.








