KUALA LUMPUR: Penyanyi, Noraniza Idris, masih menyimpan rasa terkilan apabila karya ciptaan Allahyarham Pak Ngah yang dihasilkan khas untuknya tidak sempat direalisasikan seperti diharapkan.

Noraniza, 58, atau lebih mesra disapa Kak Ani berkata, lagu berkenaan sudah siap dirakam dan hasilnya amat memuaskan, namun kesibukan kerja ketika itu menyebabkan dia tidak sempat meneruskan perbincangan lanjut dengan Allahyarham.

Katanya, lagu berkenaan akhirnya diserahkan kepada penyanyi lain selepas terlalu lama menunggu untuk disempurnakan.

"Sebenarnya, waktu itu saya memang sudah lama tidak mendapat lagu sentuhan Pak Ngah. Jadi, saya minta suami berjumpa Pak Ngah semula kerana mahu mendapatkan satu karya daripada beliau.