am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Cadangan mewujudkan Akta Halal khusus di Malaysia sudah lama dibincangkan, namun perkara itu perlu mengambil kira kedudukan halal yang berada dalam kuasa negeri.

Menjelaskan demikian, Pakar Perundangan dan Perlembagaan, Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz, berkata berikutan perkara halal berada dalam kuasa negeri, suatu Akta khusus untuk halal tidak boleh diwujudkan begitu sahaja.

"Akta Halal ini dah lama dibincangkan. Oleh kerana halal adalah perkara dalam kuasa negeri, maka tidak boleh suatu Akta itu diwujudkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi menjawab pertanyaan mengenai keperluan Malaysia mempunyai Akta Halal khusus yang pada masa ini masih belum ada.