Kuala Lumpur: Belanjawan 2027 dijangka menyokong pertumbuhan sektor hartanah dan pembinaan menerusi langkah memperluas akses pemilikan rumah, merangsang pelaburan hijau serta meningkatkan daya tahan industri.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif S P Setia Bhd, Datuk Zaini Yusoff berkata, hala tuju belanjawan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk mengimbangi keperluan pemilikan rumah dengan usaha menarik pelaburan, menggalakkan pembangunan mampan dan memperkukuh ekosistem pembinaan negara.

Beliau berkata, pelanjutan pengecualian duti setem bagi pembelian rumah berharga sehingga RM750,000 hingga 2030 merupakan langkah penting untuk meningkatkan akses rakyat kepada pemilikan rumah selain menyokong permintaan kediaman.