Ketika ini pengecualian duti setem 100% diberikan ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi pembelian rumah kediaman pertama berharga sehingga RM500,000 oleh warganegara Malaysia. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Pengecualian duti setem bagi pembelian rumah kediaman pertama dicadangkan agar disemak semula untuk terus menyokong pemilikan rumah kediaman pertama oleh warganegara Malaysia.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi dokumen Langkah Cukai Belanjawan 2027 memaklumkan ini termasuk bagi rumah berharga sehingga RM500,000 yang mana pengecualian duti setem 100% diberikan ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik.

Bagi rumah berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000, pengecualian duti setem 100% diberikan bagi RM500,000 pertama, manakala baki harga rumah sehingga RM750,000 menikmati pengecualian sebanyak 50% ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik.