Terdahulu, KPM umum semua sekolah di Johor, selain Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya, ditutup esok susulan keadaan jerebu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Sebuah pasukan petugas khas Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan ditubuhkan bagi memantau perkembangan jerebu dan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang sesuai sebelum sesi persekolahan bermula seperti biasa.

Exco Pendidikan dan Penerangan Naqib Ghazali berkata, penubuhan pasukan khas itu dipersetujui dalam Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Jerebu Negeri Johor yang dipengerusikannya pagi tadi.

Menurutnya, mesyuarat yang dihadiri pelbagai pihak dan agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi memperkukuh penyelarasan antara agensi.