PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyemak dan meneliti semula dakwaan rasuah berjumlah RM350,000 yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanan suruhanjaya itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengarahkan penubuhan pasukan khas berkenaan susulan gesaan serta penularan semula isu tersebut yang pernah disiasat pada 2018.

Menurut SPRM, siasatan ketika itu ditutup selepas tiada sebarang kesalahan berjaya dibuktikan.

“Bagaimanapun, dengan gesaan serta penularan semula isu terbabit, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah mengarahkan agar satu pasukan khas ditubuhkan dengan kadar segera bagi menyemak dan meneliti semula perkara ini.